PADANG TERAP, 22 April — Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (berdiri, kanan) menyampaikan sumbangan kepada orang ramai pada Majlis Iftar Warga Desa Keda di Pusat Komuniti Padang Kerasak, hari ini.
Seramai 10 peserta di daerah ini menerima bantuan ekonomi dari Program Tranformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti dan Projek Pertanian Petani Luar Bandar bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan yang diceburi seterusnya keluar dari garis kemiskinan tegar.