MELAKA, 22 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut kenamaan utama negeri diketuai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (lima, kiri) dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (empat, kiri).