ALOR GAJAH, 31 Mac — Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kanan) menyempurnakan perasmian Stesen Janakuasa Edra Melaka (EMPP), hari ini.
EMPP berupaya menyalurkan sebanyak 2,242 megawatt bekalan elektrik kepada sistem grid nasional sekali gus meletakkan Melaka khususnya dan Malaysia amnya sebagai pangkalan stesen janakuasa terbesar di Asia Tenggara. Turut hadir EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.