KULAI 29 hb MAC — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melawat Sedenak Tech Park (STeP) untuk meninjau progres pembangunan projek yang dijangka mampu menarik pelaburan, khususnya daripada syarikat berkaitan pengurusan data dan pengkomputeran dari dalam dan luar negara. 1,600 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat, satu-satu sektor yang akan dijadikan katalis pembangunan Johor bakal ditawarkan kepada Bangsa Johor melalui Projek STeP.