Ramai Mengadu Proses, Pembayaran MySalam Manfaat Hospitalisasi Pesakit COVID-19 Lambat
KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai yang mengadu dan mesej kepadanya mengenai kelewatan pihak kerajaan untuk memproses dan membayar tuntutan MySalam bagi manfaat hospitalisasi untuk mereka yang positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital.
Di dalam satu hantaran di Facebook, Dr Asyraf bertanyakan kepada penggiat media sosial itu apakah mereka juga hadapi isu dan masalah serupa.
Pertanyaan itu mendapat respon yang hangat daripada Facebooker antaranya seperti pelayar maya dengan nama Abu Suffian AL Fattoni yang bersetuju bahawa ia masih dalam proses walaupun telah melebihi tujuh bulan permohonan dibuat.
Abu Suffian AL Fattoni
“Betul…sampai sekarang masih dalam proses padahal dah mohon dari tahun lepas lagi bulan 6 atau 7 kalau tidak silap namun sehingga ke hari ini masih tiada jawapan dan hanya masih dalam proses.. saya berharap dato dapat membantu dan buatlah semampu boleh untuk membantu golongan seperti kami ini…terima kasih dato.”
Bagi Bahadrudin Baha Senik pula yang sekeluarga positif COVID-19 pada Ogos tahun lalu mempunyai masalah dengan data dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Baharudin Baha Senik
“Saya positif sekeluarga bln 8 thun 2021. Apabila nak claim mysalam katanya data dari LHDN tak boleh keluar UTK thun 2020 / 2021 …boleh claim semula @ tidak. Mahu pencerahan…”
Manakala netizen yang menggunakan nama En Lan Azlan dan Shaq Smileface berkata pihak berkaitan telah meminta pelbagai dokumen tetapi masih tiada jawapan diluluskan atau tidak.
En Lan Azlan
“Saya dari tahun 2021 mohon…asyik minta document3…tak tahu yang mana satu document diorang nak…pada hal document yang dah kasi masa apply tu hari complet…semua dari KKM punya…siap ada cop ngan sign lagi…kalau tak lulus cakap aje la tak lulus…kan senang.”
Shaq Smileface
“Saya pon xdpt lagi. Pelbagai document dah submit. Adakah pihak mysalam tidak mempunyai akses atau tidak boleh menyemak informasi berkaitan kepada pihak hospital?”
Bagi Wany Mohamad, permohonan telah dibuat pada bulan Oktober tahun lalu tetapi hingga sekarang masih di dalam proses.
Wany Mohamad
“Salam… Dato’ saya ngan suami pun sama da mohon my Salam bulan 10 … Sampai skrg dalam proses …. Saya tgk ada yg mohon bulan 11 ada yg da dapat …. Ni da dekat 6 bulan masih dalam proses…..”
Begitu juga Ahmad Fauzi telah memohon sejak Ogos tahun lalu masih tidak mendapat bantuan tersebut.
Ahmad Fauzi
“Betul Datuk Dr ,saya dari bulan 8 tahun lepas sampai sekarang x dpt lagi duit my salam seperti yg di janjikan oleh kerajaan.Saya dimasukkan ke hospital akibat covid selama 2 minggu dan di kuarintin pula selama seminggu di dewan pusat sukan belia kamunting Taiping.”
Walaubagaimanapun, terdapat juga pemohon yang berjaya mendapat bantuan tersebut setelah membuat aduan kepada Kementerian Kewangan (MoF).
MrRashid Muhd
“Alhamdulillah.. setelah menunggu beberapa bulan dan membuat aduan kepada MOF utk kepentingan semua orang.. baru dapat.” – UMNO ONLINE