Azhari Kata Rafizi Kembali Jadi Pakar Penghasut Rakyat Dengan Formula Merepek


KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah kembali menjadi pakar penghasut rakyat dengan formula-formula merepeknya.

Katanya, sebelum ini rakyat ramai tertipu dengan idea penurunan harga minyak, penghapusan tol dan banyak lagi dan akhirnya formula-formula tersebut tidak boleh terpakai.

“Ianya hanyalah utopia yang ingin menarik undi rakyat dengan ‘offer’ yang sesuatu luar biasa pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) lepas. Hasilnya kita tahu di mana semua hanyalah “Manifesto Bukan Kitab Suci”.

“Padahal zaman itu DS (Datuk Seri) Najib Razak telah beri banyak bantuan kepada rakyat seperti BR1M salah satunya. Ekonomi dalam keadaan cemerlang pula tu.

“Akhirnya rakyat sedar dan dia pun menghilang diri dan berniaga dengan membuka Digital Marketing Agency yang bernama INVOKE,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Azhari, berkenaan INVOKE, Azhari tidak mahu sentuh sebab tahu ramai yang bercerita tentang hasil kerja Rafizi dan rakyat boleh Google sendiri.

Manakala yang terbaru kata Azhari, Rafizi membidas cadangan dari DS Najib Razak berkenaan kerajaan perlu memberi bantuan kepada Sapura Energy bagi elak Sapura Energy muflis dan katanya kerajaan jangan guna duit rakyat.

“Mari baca kenyataan balas dari DS Najib Razak kenapa kerajaan perlu bantu Sapura Energy.
https://malaysiagazette.com/…/sapura-entah-dari…/

“Rafizi, bukan semua perkara kita perlu bidas dan tak perlu hasut rakyat tentang perkara ini seolah-olah anda juara bela rakyat. Sila lihat secara menyeluruh dan kalau orang putih cakap dari ‘Helicopter View’,” katanya.

Justeru Azhari berpesan, sebelum termakan dengan hasutan Rafizi, rakyat diminta membaca kenyataan balas dari Najib sebagaimana pautan yang diberikan itu.

“Fahami sebab apa perlu dibantu. Ada benarnya.

“Jauhi hasutan Rafizi. Beliau pun pernah mengaku tugasnya adalah menghasut rakyat dan menyebarkan formula-formula yang tidak betul. Beliau pun mengaku yang beliau banyak serang DS Rosmah apabila sukar untuk serang DS Najib Razak.

“Rujuk video di komen pertama saya. Saya lampirkan video tersebut agar anda semua ingat tentang pakar penghasut ini,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit