Darjat Perhimpunan Agung UMNO Melonjak
TIGA tahun Perhimpunan Agung UMNO tidak mempengaruhi dasar Kerajaan. Tetapi PAU 2021 telah mengembalikan peranan penting Perhimpunan Agung tersebut.
Kali ini beberapa dasar kerajaan diumum oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO setelah meneliti perbahasan oleh juru cakap.
Antara lain, Ismail Sabri umum pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bermula Mei dan membatalkan pindaan terhadap Akta 342 KKM. Itu bermakna kompoun RM 1K tidak akan naik kepada RM10K (individu) dan RM50K (syarikat).
Disamping itu, Perdana Menteri juga umum pelajar asing wajib belajar bahasa Melayu, termasuk akta bagi membekukan akaun suami yang culas bayar nafkah kepada bekas isteri.
Salute kepada Ismail Sabri. UMNO memang mendengar denyut nadi rakyat.
Dr Puad Zarkashi