PAU 2021 Titik Kesepakatan Untuk UMNO Terus Payungi Negara Dan Rakyat – Zaidi

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ketua Pemuda UMNO negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidi Abd Kadir percaya dan penuh yakin Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) akan memberi satu lonjakan semangat dan keyakinan yang mendalam kepada seluruh ahli parti pelbagai peringkat untuk menggalas cabaran mendatang.

Bercakap kepada UMNO-Online, beliau menambah segala amanat dan apa yang bakal dilontarkan oleh pimpinan parti perli disemat sebaiknya dalam usaha memastikan secaga cabaran yang ada di depan dapat ditangani sebaiknya.

“PAU 2021 yang telah tertunda sebelum ini tentunya bakal menarik tumpuan ramai apatah lagi dengan kejayaan kita di Melaka dan juga Johor. PAU 2021 juga lebih bermakna daripada PAU sebelum-sebelum ini apabila kita berada dalam pembangkang dan hari ini menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

Hari ini bermula Perhimpunan Agung UMNO 2021 dengan Majlis Perasmian Sayap oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tambah Mohd Zaidi lagi atas hakikat berkenaan sudah pasti semangat para perwakilan yang akan berada di PWTC berkobar-kobar untuk bersama-sama di dalam perhimpunan yang menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan ahli parti malah masyarakat di luar sana.

“Jadi sudah tentulah semangat perwakilan kali ini untuk datang ke PWTC sungguh memberansangkan dan seluruh perwakilan daripada seluruh negara akan berkumpul di sini untuk mendengar amanat daripada Presiden dan Timbalan.

“Insya-Allah kita akan dengar sama-sama dan mesti ada baiknya dan memberi semangat kepada akar umbi untuk meneruskan perjuangan dalam usaha menempuh Pilihan Raya Umum ke-15 dan kali ini saya harap ianya lebih bermakna kepada semua akar umbi serta pendokong mahu pun kepimpinan dan kita boleh terjemahkan dalam parti untuk mendapatkan satu kesepakatan supaya UMNO ini terus kuat dan terus memenangi hati rakyat. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit