JOHOR BAHRU, 15 Mac –Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini. Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’ Hasni Mohammad. Foto–FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar