Kayuhan ‘Bee Ant Army’ Ke Johor Nyatakan Sokongan Kepada BN – Armand Azha

SIMPANG RENGGAM, 6 Mac – Lebih 60 peserta kayuhan berbasikal daripada PWTC ke Johor Bahru bagi memeriahkan program Kayuhan Jelajah Basikal ‘Bee Ant Army’ sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kayuhan berkenaan diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan turut disertai pelbagai peringkat umur yang menyertai kayuhan tersebut.

Armand ketika ditemui berkata, program hari ini bermula daripada Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam menuju ke Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme pada PRN Johor ini.

“Ini merupakan sebahagian dari ‘cyclists’ yang lebih 60 peserta berkayuh dari PWTC sehingga ke Simpang Renggam. Hari ini merupakan hari ketiga kayuhan ‘Bee Ant Army’ yang membuat kayuhan dari PWTC sehingga ke negeri Johor.

“Tujuan membuat kayuhan ini adalah menunjukkan semangat setia kawan dan bersahabat menyatakan sokongan berbelah bagi terhadap UMNO dan BN di PRN Johor.

“Semangat ini tiup daripada PWTC hingga ke Selatan Tanah Air untuk menunjukkan kebangkitan semangat BN kembali menjadi parti dominan di dalam negeri Johor,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam, hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menjelaskan kayuhan perjalanan dari PWTC menuju ke Johor Bahru hampir tamat ke destinasinya.

“Kayuhan menuju ke Selatan Tanah Air telah memasuki lebih 400 kilometer dan ada beberapa kilometer lagi sampai ke destinasi yang ditujui dan kemungkinan akan tamat kayuhan selepas 500 kilometer.

“Apa-apa pun ‘all the best BN’ dan yakin pada 12 Mac ini, BN akan kembali menjadi parti dominan untuk stabilkan politik negeri Johor,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.