FELDA: Azmin Ali Ajak Debat? Najib Pelawa Sekali Muhyiddin, Beri Soalan Bocor… On Tak On?
Azmin Ali cabar saya debat berkenaan FELDA?
Dia tuduh saya hancurkan FELDA. Mana mungkin saya akan hancurkan FELDA sedangankan ianya idea ayahanda saya?
Saya tiada masalah debat berkenaan FELDA tetapi saya tak nak debat Azmin sahaja sebab saya bimbang di atas pentas saya tak nampak mukanya sebab kurang HD.
Saya amat mengalu-alukan untuk debat boss dia Tan Sri Muhyiddin.
Azmin boleh bantu dia jika dia semasa debat.
Tiada masalah, satu bertentang dua mereka sebab fakta adalah fakta dan fakta akhirnya akan menang.
Malah, saya nak beri beberapa soalan bocor pada dia.
Nombor 1: Adakah masalah terbesar FELDA masa saya jadi PM ialah lebih 50% daripada pokok sawit FELDA dalam kategori terlalu tua manakala ramai peneroka sudah mula lanjut usia tetapi generasi kedua dan ketiga kurang berminat untuk mengambil alih?
Dan jika kita tidak menyelesaikan kedua-dua masalah besar ini dengan penyenarain FGV, FELDA mungkin tidak akan wujud lagi?
Nombor 2: Adakah kerajaan BN dahulu amat bersedia untuk menyalurkan peruntukan dan dana bagi FELDA supaya kesejahteraan hidup peneroka sentiasa dijamin sepanjang masa saya PM?
Nombor 3: Adakah ianya benar bahawa wiujudnya “Put Option” dalam perjanjian pembelian syarikat sawit Indonesai Eagle High Plantations di mana FELDA berhak menuntut penjual untuk membayar balik harga penjualan asal bersama faedah 6% setahun supaya FELDA tidak akan rugi dalam pembelian ini?
Nombor 4: Dari mana lagi kita mampu membeli kawasan sawit dengan harga RM2,800 setiap ekar ataupun 6.5 sen setiap kaki persegi memandangkan syarikat Eagle High mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 320,000 hektar?
Nombor 5: Kenapa kerajaan PN dahulu tidak memberi peruntukkan RM9.9 bilion kepada FELDA untuk memansuhkan hutang tetapi memaksa FELDA meminjam hutang baharu sebanyak RM9.9 bilion lagi pada 2020?
Nombor 6: Dan jika ianya benar-benar pemansuhan atau pemaafan hutang, kenapa pula peneroka perlu menandatangani perjanjian dengan perlu menerima syarat sama ada untuk ladang mereka diuruskan FELDA atau perlu menjual hasil kita hanya kepada FELDA?
Ya, kena ada syarat-syarat ini sebab akhirnya FELDA akan membayar balik hutang tambahan RM9.9 bilion tersebut dari hasil peneroka sendiri juga.
Akhirnya peneroka sendiri yang akan bayar balik – ini bukan pemaafan hutang sebenarnya.
Memandangkan Azmin Ali dan kerajaan PH serta PN mereka menjual berpuluh-puluh bilion aset negara yang dibina saya semasa saya PM, saya tengok tiada masalah untuk kerajaan menyalurkan hasil penjualan aset tersebut sebagai peruntukan bagi FELDA – bukan paksa FELDA menambah hutang sebanyak RM9.9 bilion lagi.
Nombor 7: Adakah ianya benar bahawa Muhyiddin dan kerajaan PN yang naikkan harga sawit?
Sedangkan harga semua jenis komoditi dunia termasuk harga minyak jagung, minyak soya, petroleum turut naik ke paras tertinggi dalam dunia akibat lockdown seluruh dunia yang turunkan stok bekalan, menghentikan pengeluaran dan pembukaan semula ekonomi dunia serta langkah Indonesia menghadkan eksport sawit telah melonjakkan permintaan minyak sawit?
Ya, banyak lagi yang saya nak bongkarkan, nak bocorkan berhubung penipuan dalam ceramah Azmin Ali dan Muhyiddin pada setiap ceramah di kawasan FELDA mereka.
Cukup-cukuplah menipu peneroka dan rakyat.
Mari kita debat, Muhyiddin.
Jangan bimbang. Azmin akan bantu kamu.
Susah nak cam muka Azmin atas pentas sebab dalam video yang begitu jelas itu pun kononnya kerajaan dulu tak dapat cam.
Kononnya tak HD. Tapi debat dengan Muhyiddin, saya okay.
Jika Muhyiddin mahu debat, hutang 1MDB pun dia boleh tanya dan saya akan buktikan sekali lagi bahawa ianya bukan dibayar wang Rakyat.
On tak on?