PRN Johor: BN Mampu Bertahan Kerana Amalkan Politik Matang

BATU PAHAT, 27 Feb – Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponennya termasuk UMNO, MCA dan MIC, mampu bertahan dalam arena politik negara sejak berdekad lamanya disebabkan amalan politik matang yang diamalkannya.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata permasalahan di antara seteru politik harus diselesaikan dengan baik dan matang.

“Masalah politik diselesaikan secara politik, manakala masalah perundangan diselesaikan secara perundangan,” katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tongkang Pechah, di sini bersama calon BN DUN Parit Ya’ani Datuk Mohd Najib Samuri hari ini.

BN bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor ini.

Lebih 70 peratus dari calon-calon yang diketengahkan oleh BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah muka-muka baharu, dengan UMNO bertanding di 37 kerusi DUN manakala MCA (15) dan MIC (empat).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.