BN Bawa Calon Berkualiti, Aspek Utama Bela Rakyat – Shahril Hamdan


PASIR GUDANG, 27 Feb – Rakyat khususnya pengundi di Johor perlu melihat kualiti yang dimiliki calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membawa suara ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) ternyata parti yang memberi keutamaan kepada aspek tersebut malah ianya tidak dapat ditandingi oleh parti lawan.

“Saya rasa sekarang ini rakyat khususnya di DUN Permas setelah mengalami apa yang dibuat oleh ADUN Pakatan Harapan kali ini hendak kembali kepada kualiti yang lebih baik dan ianya kini dibawa oleh calon BN.

“Pengalaman pengundi selama ini kini pula ada pilihan saya yakin DUN Permas akan kembali membawa kemenangan kepada kita,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO juga berpandangan bahawa rakyat sudah mendapat isyarat dan memahami bahawa hanya BN yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Rakyat mengalami fasa-fasa yang berbeza dan tahu bahawa BN adalah paling stabil dan terbaik bagi mengembalikan kegemilangan negeri Johor khususnya di DUN Permas dan Johor Jaya ini,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menemui calon BN, Baharudin Mohamed Taib yang melakukan walkbout di tapak pasar malam Taman Air Biru, semalam.

Untuk rekod Baharudin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu pada kali ini berdepan lima penjuru di antara Tazul Arifin (Perikatan Nasional); Mahaya Ahad (Parti Pejuang); Syed Othman Abdullah (Pakatan Harapan) dan Mohamed Ridza Busu (Warisan). – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.