PH ‘Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’, BN Pilihan Bangsa Johor
SEJAK beberapa minggu kebelakangan, kontroversi di sekitar pengagihan kerusi antara PKR dan MUDA menjadi agak tegang.
Lagi-Lagi hari ini apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa MUDA sedia menghadapi sebarang kemungkinan pertindihan kerusi.
Ini dijawab pula oleh beberapa Pemimpin PKR terutamanya Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang menyifatkan MUDA sebagai bayi yang belum boleh makan nasi dan perlu disusukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi pula gelarkan MUDA sebagai parti bongkak dan angkuh kerana ingin bertanding di kerusi bandar dan tidak berani berdepan dengan Barisan Nasional (BN) di kubu kuat kami.
Mantan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador pula minta MUDA muhasabah diri dan berhenti terlalu sombong.
Beliau juga minta PKR pertimbang meletak calon di kerusi-kerusi yang telah selesai proses rundingan seperti Puteri Wangsa di mana Ketua Srikandi Johor berasal tetapi diberikan kepada MUDA.
Episod pergaduhan ini adalah sebab utama mengapa BN mengambil jalan untuk tidak bekerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) kerana ia jelas akan mengakibatkan pergaduhan seperti ini dan akhirnya akan mengelirukan serta merugikan pengundi.
Sebab itu la BN bertanding solo di Melaka dan menang bergaya.
Kerana BN percaya akan kekuatan parti dari jentera di akar umbi sehinggalah dasar-dasar yang ingin kita angkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.
Pakatan Harapan (PH) seumpama kapal di lautan yang tidak ada nakhoda.
Itulah antara penyebab kerajaan mereka tumbang dan itulah juga antara sebab kerajaan Johor jika dipimpin oleh mereka akan terus tidak stabil dan merugikan seluruh rakyat Johor.
BN setakat ini tidak bergaduh dengan parti komponen tentang agihan kerusi, malah sehingga saat ini hanya BN yang kemukakan calon Menteri Besar yang menjanjikan kestabilan masa depan iaitu YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad.
Ingat Kestabilan, Ingat Barisan Nasional. – UMNO ONLINE
Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin
Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat