Instrumen Media Sosial Perlu Diguna Sebaiknya Latari Politik Semasa – Dr Asyraf


KOTA KINABALU, 14 Feb – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan segala instrumen media sosial serta lain-lain pendekatan perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar ianya seiring dengan situasi semasa hari ini.

Beliau berpandangan rakyat dan masyarakat sekeliling perlu diingatkan agar membuat pertimbangan berasaskan rasional dan bukannya emosional.

“Landskap politik hari ini yang dilatari dengan kehadiran ataupun kebanjiran pengundi baharu khususnya 18 tahun dan automatik pastinya memerlukan perubahan dari segi pendekatan dalam konteks untuk parti dalam BN mendampingi pengundi dengan tidak hanya mengharapkan cara lama.

“Tetapi juga memanfaatkan teknologi maklumat khususnya ruang-ruang media sosial yang hari ini mesti digunakan sepenuhnya dan hari ini juga yang penting rakyat perlu sentiasa diingatkan dan dididik supaya membuat pertimbangan berasaskan rasional dan bukannya emosional.

“Ini penting bagi kita memanfaatkan segala wahana serta instrumen media sosial untuk menyalurkan pandangan politik kita yang lebih segar kepada masyarakat di luar khususnya anak-anak muda. Nilai teras yang dikongsi tidak kira tua atau muda dan nilai-nilai yang masih lagi berpaksikan kepada moral dan integriti amat penting,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya lagi akhirnya apakah parti masih boleh menawarkan sesuatu bagi memastikan perkara-perkara asas yang melibatkan perut, pekerjaan, makanan di atas meja itu akan dapat terhidang dengan selesa kepada diri serta keluarga.

“Itulah antara perkara asas yang parti-parti politik perlu perjuangkan khususnya BN dalam usaha membela kepentingan dan kebajikan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui seuasai majlis perasmian persidangan perwakilan PBRS yang disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.