Kemenangan PRN Bergantung Kekuatan Jentera, Ayuh Pastikan Kemenangan BN – Ismail Sabri

MUAR, 12 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bergantung kepada kekuatan jentera parti.

Paling penting katanya ialah tidak berpecah.

“Jentera kita sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan untuk memastikan kemenangan demi kestabilan rakyat dan negeri Johor.

“Dalam sesebuah perjuangan, elakkanlah perang saudara. Sentiasa bersatu hati kerana fokus kita adalah untuk mencapai satu matlamat iaitu kemenangan,” katanya dalam hantaran menerusi facebooknya.

Ujarnya yang juga Naib Presiden UMNO, beliau membawa semangat Keluarga Malaysia pada pilihan raya ini dan ia bukanlah semangat baharu, tetapi semangat BN yang hampir sama dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Ayuh kita bersama-sama dalam memastikan kemenangan BN demi rakyat dan semua bangsa yang kita cintai,” katanya lagi.

Terdahulu semalam beliau telah menghadiri perjumpaan tertutup bersama jentera Barisan Nasional (BN) Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Johor yang pertemuan turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.