Menyusur Sejarah: Mengingati Kelahiran Tunku Abdul Rahman & Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Hari ini, Selasa, 8 Februari 2022 bersamaan 06 Rejab 1443(H) genaplah usia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj yang ke119 Tahun. Almarhum Tunku yang diiktiraf sebagai saorang Pemimpin Malaysia dan dunia Islam yang disangat dihormati dan disayangi.

Andainya Almarhum Tunku masih berada bersama kita pada hari ini, sudah tentulah Almarhum Tunku akan sangat kecewa dan sangat dukacita dengan keadaan Negara kita masa kini khasnya mengenai dengan perpecahan dikalangan Bangsa Melayu dan juga khasnya perpecahan dikalangan berbagai kaum yang menjadi “batu asas” Negara kita mencapai Kemerdekaan.

Almarhum Tunku adalah simbol PERPADUAN, MODERATE, BERTOLAK ANSOR, SENTIASA BERSIFAT BAIK, KEAMANAN dan KEADILAN.

Sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, Almarhum yang disayangai dan sentiasa dihormati oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dengan panggilan “TUNKU”.

Hari ini juga, 66 tahun yang lalu iaitu pada 8 Februari 1956, Negara kita, Persekutuan Tanah Melayu mencatit sejarah dengan Istiadat Menandatangani Perjanjian di Lancaster House, London diantara wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan Perikatan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Kerajaan PTM dengan wakil Kerajaan British, Mr Allan Lynox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British yang menetapkan bahawa Tarikh 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu mencapai KEMERDEKAAN.

Majlis Perundingan Muhibah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan etnik Kaum di Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Majlis yang julung-julung kali di wujudkan di Negara ini atas inisiatif NGO-NGO etnik kaum di Negeri Pulau Pinang telah pun menetapkan bahawa bermula dari 8 Febuari 2004 HARI PERPADUAN Bagi Negeri Pulau Pinang dirayakan pada 8 Februari tiap-tiap tahun.

Adalah diharap supaya Kerajan Persekutuan juga menetapkan 8 Februari tiap-tiap tahun sebagai HARI PERPADUAN NEGARA.

AL-FATEHAH dihadiahkan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, Bapa Kemerdekaan Negara dan Bapa Malaysia yang sentiasa dikenangi, dihormati dan disayangi.

Aamin. Wassalam.


TAN SRI MOHD YUSSOF LATIFF
Veteran UMNO
Tokoh Melayu Terbilang 2017
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit