KUALA LUMPUR, 8 Feb — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Utama Hasni Mohammad pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara hari ini.