PRN Johor: Puteri UMNO Siap Siaga Pastikan Undi Anak Muda Untuk BN

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Pergerakan Puteri UMNO siap siaga bagi berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan tekad untuk memastikan sokongan dan undi anak muda berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Hal tersebut dinyatakan oleh ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan melalui laman facebooknya selepas memberikan taklimat kepada anggotanya yang menjadi jentera dalam PRN terbabit.

“Semestinya Puteri mesti bersiap siaga sentiasa bagi memastikan sokongan dan undi anak muda kepada BN.

“Alhamdulillah, dapat beri taklimat dan pembakar semangat kepada adik-adik Jentera Puteri PRN Johor.”

Dalam masa yang sama beliau merakamkan ucapan pengharaagn dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat.

“Terima Kasih semua yang sudi meluangkan masa.Kita akan jumpa lagi ketika tempoh berkempen nanti. Selamat berjuang semua,” katanya lagi.

PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 22 Jan lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan pada 9 Feb ini.

Terdahulu, DUN Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu), manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam). – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.