SIK 31 hb JAN—Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga dan Pengairan & Saliran, Datuk Suraya Yaacob, melakukan lawatan kerja ke Projek Skim Pemindahan Air Jeniang Fasa 1 tapak projek pembinaan ampang jajar dan muka sauk semalam. Projek ini dijangka siap pada April 2022.