KUANTAN 19 Jan–Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Negeri Pahang oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Negeri Pahang (MUIP) di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.