ROMPIN, 18 Jan — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Kad Kesihatan Warga Emas Pahang hari ini.
Program tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri Pahang dengan bajet berjumlah RM10 juta akan memberi manfaat kepada 18,000 penerima warga emas.
Dengan nilai kad RM500 setiap satu, penerima warga emas boleh menggunakan kad tersebut bagi mendapatkan rawatan awal dan rawatan prosedur am di klinik-klinik swasta yang dilantik di bawah program tersebut di seluruh negeri Pahang