KOTA ISKANDAR 10 Jan–Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Keselamatan Negara yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri, Dr. Adlina Kamaruddin di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian I, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Tuan Alfian Yang Amri, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Mohammad Zaki Mohd. Ghazali, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim, Mohd. Helmy Ahmad dan Pengarah Geospatial, Tentera Laut Diraja Malaysia, Kepten Lukman Hanafiah Azamar Omar.