SUA Ketuai Misi Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO Ke Bentong, Temerloh

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengetuai Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO yang bergerak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Bentong dan Temerloh.

Bantuan pasca banjir itu tertumpu di beberapa kawasan seperti rumah serta kemudahan awam termasuklah masjid, dewan dan sebagainya.

Ahmad Maslan dalan komen ringkasnya berkata mudah-mudahan usaha berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu beban dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang menjadi mangsa banjir.

“Moga perjalanan misi bantuan diberkati dan selamat pergi balik,” ujarnya.

Dalam perancangan, misi terbabit akan turut menyantuni lima kakitangan Ibu Pejbat UMNO yang turut terlubat menjadi mangsa banjir.

Dilaporkan, sejak bencana banjir melanda misi terbabit telah memulakan gerakan dengan Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian berkesempatan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Bangi dan Sepang dan sebelumnya beliau telah turun ke lima Parlimen yang terlibat banjir besar iaitu Ampang, Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja dan Klang. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.