Categories: Berita Lain

Pemulihan PMKS Fokus Pada Memanfaatkan Inovasi, Penerapan Prinsip Kelestarian – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Pemulihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan memberi dua fokus utama iaitu memanfaatkan inovasi serta pembangunan jangka panjang yang harus menerapkan prinsip-prinsip kelestarian meliputi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PMKS harus menggunakan inovasi, digitalisasi serta penggunaan teknologi untuk mendorong agenda pemulihan.

“Pelbagai aktiviti menerusi e-dagang termasuklah pembayaran secara digital, pembelajaran jarak jauh, persidangan video serta perkhidmatan logistik merupakan perkara lazim dalam ekonomi hari ini, disebabkan oleh keperluan dan peluang yang semakin meningkat,” katanya pada majlis perasmian Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2021 (SMIDEX’21) hari ini.

Beliau berkata ini juga adalah antara usaha yang boleh membiasakan PMKS dalam era persaingan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Selain itu, Perdana Menteri juga berkata kehadiran PMKS dalam talian telah meningkat dua kali ganda daripada 35.3 peratus yang dicatatkan pada tahun 2019 (pra-COVID) kepada 75.8 peratus pada tahun 2021 (pasca COVID).

Mengenai penerapan ESG, Ismail Sabri berkata tumpuan harus diberikan kepada pengurangan kos dan peningkatan produktiviti menerusi kecekapan tenaga, prinsip ekonomi kitaran, amalan penggajian tenaga kerja yang baik serta struktur tadbir urus syarikat yang kukuh bagi memenuhi matlamat kelestarian. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

6 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

6 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

6 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

8 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

10 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

11 jam lalu ago