Categories: Berita Utama

Puteri UMNO Minta Kerajaan Lakukan ‘Sesuatu’ Kawal Harga Barang, Rakyat Masih Terkesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kenaikan harga barangan secara menyeluruh sejak kebelakangan ini benar-benar memberi kesan kepada pengguna yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan meminta sesuatu dapat dilakukan agar kenaikan harga itu dapat dikawal.

Ujarnya, ini adalah seperti barangan basah yang rata rata menyaksikan kenaikan sehingga melebihi 50 peratus amat membebankan pengguna.

“Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa kenaikan harga adalah ‘berpatutan’ … berpatutan kepada siapa? Kepada para menteri … tapi bagi rakyat marhaen ianya membebankan,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Ujarnya, kementerian mempunyai ramai bijak pandai yang memahami faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan harga barangan, terutama barangan harian yang sangat diperlukan oleh rakyat.

“Jalankanlah tugas anda sebaik mungkin. Memang senang mengatakan memberi komen itu senang, tetapi solusi juga perlu senang.

“Jika kenaikan harga itu melibatkan barangan import seperti daging, kobis dan lain-lain, para pengimpot harus diperluaskan dan biar mereka bersaing.”

Ujarnya, saingan boleh menurunkan harga bagi pengguna.

“Jika ianya melibatkan keluaran tempatan, Kementerian harus mengkaji setiap imput untuk pengeluaran tersebut dan dimana terdapat ketidakseimbangan, tindakan harus diambil.

“Kita mempunyai pelbagai undang-undang yang boleh diguna pakai terhadap opotunis-opotunis ini.

“Namun kerajaan juga harus melihat aspek-aspek lain yang berkaitan termasuk bagaimana mengukuhkan kembali ringgit yang banyak merosot sejak PRU ke 14,” katanya lagi. – UMNO Online

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago