Categories: Berita Utama

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan raya sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini harus menerima serta akur keputusan yang telah dibuat oleh mereka yang membuang undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata apa yang boleh dilihat pada pilihan raya berkenaan, sistem demokrasi negara yang berpaksikan ‘first past the post’ telah meletakkan sesebuah parti yang mendahului dalam pilihan raya tersebut membentuk kerajaan negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian seterusnya menjelaskan senario di Melaka bukan sahaja menunjukkan sistem berkenaan berjalan dengan baik malahan Barisan Nasional (BN) telah diberi mandat yang cukup besar oleh para pengundi yang keluar dengan ¾ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memihak kepada BN.

“Mereka yang tidak keluar mengundi mungkin ada pelbagai alasan, namun dalam konteks demokrasi orang yang tidak keluar mengundi itu dengan lain perkataan mereka kena menerima keputusan apa juga yang dicapai dalam pilihan raya. Itu dari segi asas demokrasi dan mereka tidak boleh pertikai kerana itu pilihan mereka apabila tidak keluar membuang undi.

“Mesej pengundi yang keluar mengundi menyatakan mereka inginkan UMNO dan BN menerajui negeri Melaka dan memilih kestabilan. Perkataan stabil dan makmur ini amat memainkan peranan penting dari segi konsep kempen kita. Kestabilan demi kemakmuran dua perkataan. Itu nampak perkataan penting yang meyakinkan pengundi.

“Dari satu sudut lain, mereka tidak mahu apa yang berlaku di pusat yang mana perdana menteri bertukar tiga kali dalam masa tiga tahun, dan kita juga tidak mahu lagi di Melaka lompat melompat jatuh kerajaan jadi mereka memberikan mesej… nak kerajaan stabil dan sebab itu lebih 2/3 kerusi yang dimenangi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wawancara Khas yang mengupas pasca PRN Melaka yang disiarkan menerusi Facebook UMNO-Online.

Tambah Ahmad Maslan lagi, dengan kepercayaan sedemikian rupa iaitu melebihi 2/3, kerajaan Melaka hari ini kukuh dan tidak akan ada lagi mereka yang melompat dan sebagainya.

“Takkan ada lagi orang yang nak melompat dan kerajaan juga tidak akan jatuh walaupun ada yang melompat malahan kerajaan juga tidak akan menerima mereka yang melompat. Sebab itu kita mahu akta anti lompat bukan sahaja di parlimen tetapi yang penting juga di negeri Melaka yang kita kena kotakan terlebih dahulu,” ujarnya..

Pada masa yang sama Ahmad Maslan sekali lagi mengingatkan pengundi terutama mereka yang tidak berparti atau sebagainya agar keluar membuang undi dalam usaha membentuk sesebuah kerajaan negeri.

“Implikasinya kerajaan yang dibentuk itu walaupun ramai yang tidak memilih, tetapi yang keluar memilih itu sudah mencukupi… apabila 60 peratus lebih mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Kita tidak menggunakan sistem ‘popular vote’. Saya lihat banyak kajian menyebut walaupun BN menang lebih 2/3, ‘popular vote’ cuma 40 peratus dan sebagainya, namun sepertimana yang ditegaskan tadi dalam negara, kita menggunapakai ‘system first past the post’. Siapa yang pertama melepasi dia dapat… itu yang kita gunakan dalam sistem Malaysia. Dalam konteks realiti politik Malaysia tetap satu kerusi walaupun jumlah pengundi setiap kawasan itu berbeza.

“Jadi jangan dibandingkan dengan ‘popular vote’ BN dapat, PH dapat dan PN dapat. Menang DUN atau parlimen dengan majoriti 79 undi, 3,000 undi atau sebaliknya tetap menanglah. Ini peraturan yang ada dan dibuat dalam negara kita. Yang penting di Melaka kita dah membentuk kerajaan dan membentuk exco maka teruskanlah menjaga rakyat dan negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau sekali lagi melahirkan rasa syukur dengan kepercayaan rakyat di Melaka yang telah memilih ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ untuk menerajui negeri dan menjaga mereka.

“Ini kita terima dengan rasa tawaduk dan jangan kita rasa terlalu bongkak, sombong dan sehingga kita lupa ini semua kehendak Allah swt dan atas sokongan rakyat serta pengundi kepada UMNO dan BN.

“Saya juga sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di Melaka dan seluruh jentera parti. Pelbagai faktor kombinasi yang menyebabkan keputusan begitu baik dicapai oleh BN. Teruskan berkhidmat,” ujarnya.- UMNO Online

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

4 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

4 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

8 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

10 jam lalu ago