Categories: Berita Lain

Tiada Varian Omicron Dikesan Melalui Kajian Penjujukan Genom Setakat Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata hasil itu diperoleh berikutan aktiviti kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas.

“Sehingga kini, tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir Hari Graduasi MYHackathon 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata MOSTI akan meneruskan kajian penjujukan genom untuk pemantauan agar tiada kemasukan varian baharu ke dalam negara.

Dr Adham turut berkata MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.

Sementara itu, beliau berkata MOSTI melalui agensinya Cradle Fund Sdn Bhd memberikan geran bersyarat berjumlah RM4.5 juta kepada 18 pemenang MYHackathon 2021 yang mengemukakan solusi dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan secara digital.

Beliau berkata setiap pemenang akan menerima geran sehingga RM250,000 secara berperingkat bagi membangunkan idea penyelesaian digital mereka ke peringkat projek rintis.

Katanya, MOSTI dan Cradle Fund memastikan penerima geran dipilih secara telus berdasarkan merit masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata Cradle Fund memainkan peranan untuk memantau serta memastikan projek rintis yang dibangunkan itu dilaksanakan dalam tempoh setahun oleh semua penerima geran.

Pertandingan MyHackathon yang dianjurkan sejak Oktober 2020 itu telah menerima sebanyak 1,853 penyertaan daripada seluruh negara sementara hanya 435 kumpulan telah disenarai pendek untuk diberi peluang membentangkan idea di peringkat separuh akhir sebelum 123 kumpulan dipilih ke peringkat akhir.

MYHackathon direka agar semua pihak dapat mengembleng usaha dalam mencari penyelesaian digital bagi permasalahan yang diketengahkan golongan sasar dan sebanyak 18 penyelesaian berjaya dibangunkan yang berpaksikan rakyat daripada pernyataan masalah yang dikenal pasti di semua peringkat kerajaan.

Dr Adham turut menyampaikan Anugerah Impak Sosial Terbaik kepada Ruzaimi Mohamed daripada Ozel Sdn Bhd dan Anugerah Projek Pengkomersialan Terbaik kepada Chai Kok Chin daripada NEUON AI dan mereka antara 18 pemenang pertandingan itu. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

5 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

5 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

6 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

7 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

9 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

11 jam lalu ago