MELAKA 26 hb November – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengadakan pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr.Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Melaka.Pertemuan pada pagi ini adalah bagi memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun mengenai nama calon Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) yang dicadangkan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka yang baharu.- FB: Datuk Seri Sulaiman Md Ali