KUALA LUMPUR 25hb November – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas ‘Keluarga Malaysia’ oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum sebagai satu lagi inisiatif bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Bakal dijual pada 1 Disember ini, di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej empat orang.- Prasarana Malaysia Berhad