Keluarlah Mengundi, Tekad Pilih BN

Rakyat Melaka keluarlah mengundi pada Sabtu ini. Ini rayuan saya kepada para pengundi Negeri Melaka. Hal ini sangat penting dan kesannya kelak juga sangat besar. Walaupun saya faham sekarang ini ramai yang muak, jelak malah rasa menyampah dengan polemik politik tapi marilah tamatkan hal ini dengan mengundi BN.

Cukup-cukuplah apa yang kita lalui selepas PRU-14 dulu. Ya, BN tak jadi kerajaan dan PH mendapat mandat tapi PH runtuh kerana tindakan politik mereka sendiri. Bukan salah UMNO/BN. Ingatlah semula apabila PM-7 letak jawatan yang menjadikan kerajaan PH tumbang. Kemudian PN diwujudkan demi rakyat dan negara iaitu agar tak berlaku pilihan raya. Waktu itu UMNO/BN sokong PN demi rakyat juga, sebab nak elakkan pilihan raya apatah lagi COVID-19 baru menular yang juga disebabkan kegagalan PH buat kawalan dari awal.

Kemudian kenapa UMNO/BN tarik sokongan dari PN kan dah jelas yang PM-8 gagal mentadbir malah nak bunuh pula UMNO yang berikan sokongan pada mereka. Cukuplah UMNO/BN dipersalahkan. PRN Sabah pun UMNO/BN dikhianati apabila dalam diam ada calon bebas yang sengaja ditaja oleh meraka agar UMNO/BN kalah. Tak payahlah cerita soal ‘curi’ ahli di Cawangan kerana jelas hanya UMNO yang mempunyai jentera akar umbi sedangkan dalam parti sebelah sana… kalau ada pun adalah mereka yang serpihan dari UMNO.

Pengundi PRN Melaka mesti keluar mengundi. Ini tanggungjawab, amanah untuk memilih pemimpin bagi mentadbir negeri. Pilihlah BN. Tak kan dah lupa apa janji-janji PH yang tak ditunaikan waktu dah jadi kerajaan. Tak kan tak tahu bagaimana ‘cekap’ mereka mengadu domba bangsa kita dan memecah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Kan dah jelas yang mana-mana pemimpin UMNO/BN yang didakwa di mahkamah adalah kerana tak sokong mereka, termasuk saya sendiri. Yang lompat ke sana terus nama mereka digugurkan dari pendakwaan sebagaimana calon mereka di DUN Tg Bidara. Saya masih tak lupa… memang saya masih ingat macam-macam tawaran mereka untuk saya sendiri. Bila ditolak… jadilah saya turun naik mahkamah. Memang saya tak akan lupa, maka pengundi PRN Melaka pun janganlah lupa. Jangan biarkan mereka yang menipu dan mencetuskan polemik politik negara dibiar berkuasa.

Bantulah BN hentikan polemik politik ini. BN nak mentadbir dengan baik supaya stabil dan makmur untuk rakyat dan masa depan Melaka, juga pada negara.

Beberapa kali saya sendiri turun ke Melaka, saya sendiri dah jumpa beberapa pengundi di tempat-tempat yang saya singgah. Saya minta, pohon dan rayu agar keluarlah mengundi dan pilihlah BN. Bantulah BN untuk menjadi kerajaan semula. Lebih 60 tahun BN jadi kerajaan dan bawa negara kepada kemajuan maka janganlah serahkan kembali pada PH yang memundurkan rakyat, apatah lagi PN yang ibarat gunting dalam lipatan. Undi BN untuk ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Bendahari UMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.