‘Abah Sayang Melaka’ Sekadar Slogan Tutup Kelemahan PN – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata slogan ‘Abah Sayang Melaka’ dilihat sekadar slogan kosong yang hanya untuk mengalih tumpuan sebenar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu Sabtu ini.

Apa yang diketahui jelas beliau bukankah yang sebenarnya hampir kesemua calon PN ditampilkan tidak pun dikenali pengundi setempat dan bagaimanakah masing-masing mahu berkhidmat.

“Kita bimbang, selesai menang nanti, terus tinggal tanggungjawab, lari tinggal kawasan, pengundi dibiar terkontang kanting dibelenggu janji penuh manis. pembangunan terbengkalai, kebajikan rakyat terus terabai,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi ‘Abah Sayang Melaka’ hanya slogan untuk tutup kelemahan sebenar PN yang ketandusan pemimpin negeri yang mampu ditonjolkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Hanya Tan Sri Mahiadin Yassin yang mampu dimomokkan kepada rakyat Melaka walaupun landasan rekodnya hanyalah 17 bulan mengurung rakyat. Ekonomi terhenti. Ramai hilang kerja. Penjaja tertutup periuk nasi. Pandemik COVID gagal ditangani hingga mencapai puluhan kes harian dipenghujung riwayat PM abah.

“Anak-anak tak dapat ke sekolah. Mahasiswa terbantut pengajian.Kemudian disogok rakyat sekadar nilai RM500. Walhal Abah kununya dikata berbelanja hampir RM600 bilion..Kemana kesemua wang itu pergi.” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit