Ahmad Maslan Iringi Calon, Doakan Kemenangan BN Untuk Terus Berbakti

MELAKA, 8 Nov – Pusat penamaan calon yang dibuka bermula pada pukul 9 pagi tadi menandakan bermulanya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 hari ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengiringi dua calon Barisan Nasional (BN) di DUN Pantai Kundur, Tuminah Kadi@Hasim dan DUN Sungai Udang, Datuk Seri Ali Mohamad.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian memuatkan dua rangkap pantun:

Kapal dagang, dari seberang,
Sarat muatan, kayu meranti;
Moga menang, BN berjuang,
Demi watan, kami berbakti.

Sarat muatan, kayu meranti,
Pohon ara, di Kampung Timur;
Demi watan, kami berbakti,
Rakyat sejahtera, negeri makmur.

Dalam masa yang sama beliau turut mendoakan agar calon-calon BN beroleh kemenangan.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit