PRN: Generasi Muda Bangkit, Sedari Kesilapan Pentadbiran PH

JASIN, 1 Nov – Rakyat di Melaka perlu membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 20 Nov nanti kerana ianya adalah penentu kepada masa hadapan negeri.

Bagi pelajar Rusyaidi Rostam, beliau mengharapkan agar generasi muda menyedari kesilapan ketika pentadbiran 22 bulan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Pengundi negeri Melaka yang baharu saya harap undilah dengan bijak dengan memilih BN (Barisan Nasional). Kita kena betulkan apa yang salah dahulu, apa yang kesilapan dahulu sekaranglah waktunya (perbetulkan).

“Sampai bila kita hendak buat salah sahaja, jadi kita kena undi yang betul. Saya harap untuk pengundi yang akan datang ini khususnya yang muda undilah BN sebab inilah pilihan yang bijak untuk pembangunan negeri ini pada masa akan datang.

“Bukan hanya untuk kita tetapi untuk generasi yang seterusnya,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengerusi Nelayan Pantai Siring, Samiri Bodot beliau berharap kerajaan baharu yang bakal dibentuk kelak untuk melakukan yang terbaik bagi para nelayan.

“Kita sebenarnya hendakkan yang elok sahaja bermakna kita berharap yang terbaik pada masa akan datang.

“Yang ada sebelum ini pun tidak ada masalah namun kita harap datang yang baharu ini lagi terbaik.

“Nasib nelayan ini tidak ada orang yang hendak bela pembangunan kita tidak halang tapi bila sudah ada pembangunan nelayan pula rasa sempit,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit