PRN Melaka Peluang Terbaik Rakyat Pilih BN – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah satu peluang yang terbuka luas bagi rakyat di negeri itu untuk membuat keputusan yang terbaik.

Katanya, rekod pencapaian Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah terbukti dalam membela kepentingan dan kebajikan rakyat yang boleh dijadikan sandaran oleh pengundi untuk membuat pilihan pada PRN Melaka.

“PRN Melaka ini adalah peluang yang terbaik bagi rakyat negeri ini membuat keputusan sekali lagi dan peluang ini bukan selalunya hadir tetapi hadirnya adalah satu peluang yang terbaik pada waktu ini.

“Gunakanlah dan rebutkan peluang ini serta buktikan bahawa Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang paling layak memerintah di negeri Melaka,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis mengharapkan agar rakyat negeri Melaka dapat membuktikan bahawa BN adalah sebuah parti yang terbaik dan dapat menjaga kebajikan rakyat.

“Buktikan rakyat Melaka, marilah semuanya mengundi BN pada PRN Melaka kali ini. Insya-Allah… kita cukup yakin apa yang berlaku di Kimanis, Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lain dan ianya telah membuktikan bahawa BN adalah pilihan parti yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pula pada 16 November. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit