PRN: Pentadbiran PH Dan BN Di Melaka Bagai Langit Dan Bumi

JASIN, 26 Okt – Pentadbiran Pakatan Harapan (BN) dan Barisan Nasional (BN) diibaratkan seperti langit dan bumi dalam menerajui pentadbiran Negeri Melaka.

Perkara itu diluahkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Norhisyam Mohamad yang mengharapkan BN kembali memimpin untuk kembali menjayakan ekonomi negeri bersejarah itu.

“Sejak dari merdeka sehingga sekarang memang banyak perubahan dan kebajikan kepada rakyat… memang terbela dilakukan oleh BN berbeza dengan peralihan kuasa yang diambil oleh PH pada 22 bulan… memang bagaikan langit dan bumi.

“Zaman pemerintahan BN Melaka mencapai negeri maju iaitu pada 2010 dan diteruskan oleh pemimpin sekarang.

“Harapan kami sebagai orang kampung supaya BN mendapat mandat yang besar pada PRN yang akan datang untuk kestabilan kerajaan dan rakyat,” ujar beliau.

Sementara itu bagi Farah Azlin Ahmad, beliau berpandangan BN mentadbir negeri ini dengan cemerlang yang sekaligus memberi manfaat kepada ekonomi rakyat.

“BN ini sudah lama dalam bermasyarakat jadi dia lebih prihatin dengan kebajikan rakyat sedia membantu tidak kira kaum agama dan bangsa.

“Diharapkan rakyat dapat memilih BN sebagai kerajaan negeri Melaka supaya keamanan dan kemakmuran.

“Ekonomi penduduk lebih terjamin seperti BN memerintah daripada dahulu lagi,” katanya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit