Pemuda UMNO Realitikan #JuruBicaraRakyat: Bertemu Perkeso Serah Memorandum Tuntutan P-Hailing

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO merealitikan hasrat untuk terus menjadi #JuruBicaraRakyat apabila hari ini di bawah Sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda bersama-sama Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) telah menyerahkan memorandum kepada PERKESO.

Memorandum tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed melibatkan cadangan dan penambahbaikan isu berkaitan penghantar P-Hailing di Ibu Pejabat Perkeso.

“Semoga pertemuan ini dapat menjadi titik permulaan kerjasama baik antara Pemuda UMNO Malaysia dan PERKESO dalam kita memastikan hak pekerja terus diutamakan.

“Pertemuan hampir dua jam tadi telah mencapai kata persetujuan antara kedua-dua belah pihak dan tiga isu pokok dibincang,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Tiga isu pokok adalah seperti berikut:

1. PERKESO bersetuju untuk mengadakan kolabrasi strategik bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pendaftaran Skim Bencana Pekerjaan SPS Lindung PERKESO kepada rider p-hailing di seluruh Malaysia yang melibatkan 191 parlimen.

2. PERKESO bersetuju menyediakan platform penempatan pekerjaan melalui penjana kerjaya ‘MyFuture Jobs’ yang bakal memberi manfaat kepada anak-anak muda di seluruh Malaysia melalui ‘One Stop Centre’ yang akan dikelolakan bersama oleh Pemuda UMNO Malaysia.
Program Insentif ini akan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan buat rakyat terutamanya orang muda.

3. PERKESO dan Pemuda UMNO Malaysia juga bersetuju mengadakan kerjasama strategik jangka masa panjang mengenai isu-isu yang melibatkan hak pekerja, perlindungan dan keselamatan sosial khususnya bagi penggerak ekonomi gig (P-Hailing) agar kebajikan, keselamatan mereka akan terus mendapat pembelaan daripada pihak yang berkenaan. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit