Categories: Berita Utama

Kenyataan Guan Eng Terhadap Ahmad Zahid Biadap, Cuba Adu-Domba – Shahril

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng hari ini dibidas ekoran kenyataannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap biadap dan dilihat cuba mengadu domba di dalam parti.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata apa yang disebut oleh Setiausaha Agung Dap bahawa kenyataan Ahmad Zahid “tak boleh pakai” merupakan suatu kenyataan yang tidak mencerminkan senario sebenar dan kematangan yang wujud dalam UMNO.

Menurut beliau di dalam UMNO, presiden parti sentiasa meraikan kepelbagaian pendapat serta pandangan dan adalah lebih baik Guan Eng mengurus partinya sendiri terutama memeberikan tumpuan terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya tak tahu dalam DAP senarionya macam mana kalau gaya bahasa SUAnya begini, tetapi dalam UMNO, presiden kami sentiasa meraikan kepelbagaian pandangan. Pendekatan sebegitu tidak membuatkannya Presiden yang lemah seperti yang cuba digambarkan oleh LGE, sebaliknya mampu memperkuat UMNO.

“Lebih baik Guan Eng fokus mengurus hal parti sendiri dalam persiapan PRN dan UMNO akan tentukan formula terbaik untuk parti kami supaya mampu mendapat keyakinan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menempelak dan bertanyakan pendirian parti tersebut mengenai tindakan Pakatan Harapan (PH) mengadakan majlis meraikan empat ADUN lompat yang menyebabkan PRN ini berlaku.

Tegasnya tindakan UMNO jelas, apabila pengkhianatan telah berlaku dan mereka menjatuhkan Kerajaan dan memaksa PRN, keahlian mereka gugur serta merta namun tindakan PH pula seolah-olah menganggap mereka wira.

“Lebih baik Guan Eng mengurus hipokrasi ini daripada cuba mengadu domba UMNO sedangkan kami membuat keputusan bermusyawarah. Tak cukup menolak hanya satu Adun yang lompat, DAP patut jelas menolak, bukannya membiar parti lain dalam PH meraikan mereka yang menjatuhkan kerajaan negeri Melaka. Soal apa sahaja bentuk kerjasama UMNO dengan mana-mana pihak sewaktu PRN Melaka, akan diputuskan oleh MKT dengan semangat musyawarah,” ujarnya.- UMNO Online

Recent Posts

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan…

2 jam lalu ago

Undi18: Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Dis

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah…

5 jam lalu ago

Puteri UMNO Minta Kerajaan Lakukan ‘Sesuatu’ Kawal Harga Barang, Rakyat Masih Terkesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kenaikan…

5 jam lalu ago

Isu Perkahwinan Bawah Umur Bakal Dikupas Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara dijangka…

6 jam lalu ago

Jumaat, 3 Dis Cuti Bagi Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 1 Dis - Jumaat (3 Dis) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh…

19 jam lalu ago

Tiada Varian Omicron Dikesan Melalui Kajian Penjujukan Genom Setakat Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron…

19 jam lalu ago