Categories: Berita Lain

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Anggota Bomba Meninggal Dalam Operasi Banjir Di Melaka

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia 3.11 pagi ini, ketika terlibat membantu mangsa banjir di Melaka.

Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya juga mengucapkan takziah kepada seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka di atas pemergian itu.

“Didoakan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran itu.

Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk membawa mangsa ke tempat selamat. – BERNAMA

Recent Posts

PM Ismail Sabri Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli…

4 jam lalu ago

Parti Yang Cuba Ciplak UMNO Kini Bergelut Defisit Keyakinan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa…

4 jam lalu ago

Gelarlah Apa Pun UMNO Tetap Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tetap…

5 jam lalu ago

PRN Johor: Kita Mesti Berhenti Berpura-Pura

1. Saya mengikut laporan FMT bertarikh 28 Januari 2022 yang memetik ulasan oleh Tan Sri…

6 jam lalu ago

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin Meninggal Dunia

KUCHING, 28 Jan - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng,…

8 jam lalu ago

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

9 jam lalu ago