TUMPAT 15 Okt–Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah melawat projek pembangunan semula Kampung Laut yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang mana projek ini bakal menjadikan Kampung Laut, yang terletak di Jajahan Tumpat sebagai sebuah pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi ‘mesti lawat’ di Kelantan.