Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua
LANGKAWI 8hb Oktober — Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob meninjau Projek Penggantian Pontoon Jeti Teluk Bujur, Pulau Tuba yang telah bermula kerja awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2023. Projek menaik taraf ini dilaksanakan berikutan aduan kerosakan fasiliti akibat karat. Kerosakan akibat kesan karat boleh dilihat pada struktur di bawah jeti dikhuatiri akan mengancam keselamatan pengguna dan pelancong.