Categories: Berita Lain

Dewan Rakyat Lulus RMK12

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata usul itu disetujukan apabila menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 Sept oleh 106 Ahli Parlimen dan disusuli dengan penggulungan oleh 27 kementerian terlibat selama tiga hari.

Antara isu yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan adalah mengenai kesihatan, vaksin COVID-19, pembangunan Sabah dan Sarawak, kemiskinan, impak pasca-COVID-19 dan pengurusan bekalan air negara.

Persidangan hari ini menyaksikan tiga kementerian meneruskan penggulungan perbahasan termasuk lima jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pada 27 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, persidangan pada Isnin ini akan diteruskan dengan Rang Undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin. – BERNAMA

Recent Posts

RKMAT Bukit Jalil Kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari MINDEF

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Pelancaran Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT…

12 min lalu ago

KPT Hasilkan 50,000 Usahawan Sepanjang 2020 – Noraini

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan hampir 50,000 usahawan dalam kalangan…

14 min lalu ago

Kemampuan Malaysia Manfaatkan Teknologi Baharu Penting Bagi Pemulihan, Daya Tahan

JOHOR BAHRU, 7 Dis - Kemampuan Malaysia untuk memanfaatkan teknologi baharu berperanan penting dalam memastikan…

20 min lalu ago

Perarakan Kavadi, Chingay Tidak Dibenarkan – Halimah

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan…

24 min lalu ago

Mesyuarat UMNO Medan Perbincangan Terbaik… Platform Tumpu Agenda Parti – Raimi

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raimi Unggi melihat mesyuarat UMNO…

35 min lalu ago