Inisiatif Pemuda UMNO Jelebu
JELEBU 1 hb Okt — Pemuda UMNO Bahagian Jelebu yang diketuai oleh Saudara Kamal telah mengambil inisiatif untuk melakukan proses sanitasi di Kolej Vokasional Kuala Klawang bagi persediaan kemasukan pelajar ke kolej tersebut secara fizikal pada Ahad ini. Khidmat sanitasi yang diberikan oleh Pemuda UMNO Jelebu ini telah diwujudkan semenjak PKP 2.0 lagi. Mereka membantu melakukan proses sanitasi di tempat-tempat awam khususnya di institusi pendidikan yang memerlukan perkhidmatan ini.- Sumber FB : Jalaluddin Alias