Categories: Berita Bergambar

Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat hari ini.
Pelan pembangunan 2021-2025 dengan objektif ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’ bertujuan menangani isu semasa, memulih serta merancakkan semula pembangunan sosioekonomi negara untuk kemampanan dan kemakmuran jangka panjang.