Categories: Berita Utama

Kesedaran Pengambilan Vaksin Penting, Sambutan Di PPV Kuala Langat Menggalakkan – Shahril

KUALA LANGAT, 25 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berpandangan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan mengambil suntikan vaksin berada pada tahap yang amat baik.

Katanya, ini kerana sambutan daripada para pelajar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Daerah Kuala Langat adalah sangat menggalakkan.

“Berdasarkan pengamatan kami di peringkat UMNO Kuala Langat khususnya Pemuda Bahagian nampak bahawa kesedaran dan keterujaan untuk segera ambil vaksin ini ada walaupun ini merupakan fasa pertama untuk remaja.

“Ini memberi harapan supaya ia boleh membantu ke arah kita hidup bersama dengan COVID-19,” katanya ketika ditemui pagi tadi.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Zurihan Yusop, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) Muhd Hanif Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC Selangor Sritheran Renganathan.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat berkata dengan pengambilan vaksin ini diharap ianya dapat membantu dalam meningkatkan kadar vaksinasi agar lebih banyak lagi sektor-sektor ekonomi dibuka.

“Vaksinasi ini usaha yang membantu ke arah mengembalikan kepada satu keadaan yang sedikit normal yang mana ianya perkara yang boleh kita sambut baik.

“Supaya rakyat boleh bekerja kerana rakyat sudah lama hidup terkurung,” katanya.

Terdahulu UMNO Bahagian Kuala Langat hari ini menyantuni para pelajar yang menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Daerah Kuala Langat.

Ketuanya, Zurihan Yusop berkata pihaknya juga turut memberikan sumbangan sarapan pagi kepada 8,000 pelajar sepanjang pemberian vaksin itu berlangsung selama enam hari. – UMNO Online

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

1 jam lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

1 jam lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

1 jam lalu ago