Categories: Berita Lain

Dewan Rakyat Lulus Usul Junjung Kasih Titah Agong

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 Sept lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas ia dibahaskan selama empat hari mulai 14 Sept oleh 91 Ahli Parlimen dan disusuli dengan penggulungan oleh 27 kementerian terlibat selama dua hari.

Antara isu yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan adalah mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), penggubalan akta anti lompat parti, rang undang-undang mengenai gangguan seksual dan isu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Persidangan hari ini menyaksikan 11 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, persidangan pada Isnin (27 Sept) akan diteruskan dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada pukul 11.30 pagi dan akan disusuli sesi perbahasan pada 28 Sept.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin. – BERNAMA

Recent Posts

PRN Johor: BN Tekad Perkukuh Kedudukan, Mohamad Hasan Dilantik Pengarah, Hasni Ketua Penyelaras

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini…

1 jam lalu ago

Tolak Retorik Pembangkang… PRN Johor Peluang Rakyat Stabilkan Kerajaan Negeri – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat kenyataan bekas…

8 jam lalu ago

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan - Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding…

9 jam lalu ago

Adakan Pilihan Raya Negeri Selari Dengan Aspirasi Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Jan - Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan…

10 jam lalu ago