KUANTAN 21 Sep–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Kuantan bagi meninjau proses pemberian vaksin bagi golongan remaja melibatkan 583 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dari SMK Bukit Rangin dan SMK Sungai Isap di sini hari ini.