Categories: Berita Lain

78.2 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi COVID-19 Setakat Semalam

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Seramai 18,295,014 individu atau 78.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.1 peratus atau 21,938,426 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 232,559 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 73,106 dos pertama dan 159,453 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,155,975 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BERNAMA

Recent Posts

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan…

2 jam lalu ago

Undi18: Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Dis

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah…

5 jam lalu ago

Puteri UMNO Minta Kerajaan Lakukan ‘Sesuatu’ Kawal Harga Barang, Rakyat Masih Terkesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kenaikan…

5 jam lalu ago

Isu Perkahwinan Bawah Umur Bakal Dikupas Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara dijangka…

6 jam lalu ago

Jumaat, 3 Dis Cuti Bagi Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 1 Dis - Jumaat (3 Dis) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh…

19 jam lalu ago

Tiada Varian Omicron Dikesan Melalui Kajian Penjujukan Genom Setakat Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron…

19 jam lalu ago