MELAKA 2 Sep–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 Tahun 2021 di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh.
Sidang khas menerusi video yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ini turut disertai barisan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan kepemimpinan tertinggi dalam agensi keselamatan negara.