KUANTAN 2 Sep–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Risdy Wan Ismail menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara : Pengurusan Covid-19 Bilangan 53 Tahun 2021 (Siri 115) secara sidang video. Sidang khas menerusi video yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ini turut disertai barisan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan kepemimpinan tertinggi dalam agensi keselamatan negara.